berita

[VIDEO] Rasa ‘Panas’ Lepas Pegang Handle Pintu Kereta, Bila Periksa CCTV..

August 25th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Pengamalan ilmu hitam atau sihir bukanlah satu perkara yang baru lagi dalam masyarakat kita. Walaupun tindakan tersebut dilaknat oleh Allah SWT tetapi masih ramai lagi yang mengamalkannya semata-mata kerana hasad dengki dan dendam.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Ronckk ada berkongsi semula satu video memaparkan seorang wanita lengkap berhijab melakukan perbuatan syirik tersebut yang dipercayai berlaku di Brunei.

‘Sihir still exist’

Menerusi video berdurasi 0:55 saat, seorang wanita dilihat mendekati sebuah kereta berwarna putih yang diparkir di tepi jalan. Wanita yang memakai tudung berwarna hitam itu seakan-akan sedang menyapu ‘sesuatu’ di bahagian pemegang pintu kereta berkenaan. Pemilik asal video tersebut turut menjelaskan bahawa sewaktu kakaknya membuka pintu kereta, dia terasa seperti ada minyak yang melekat pada handle berkenaan.

Pada malam yang sama, kakaknya terasa sangat panas dan dia membuat keputusan untuk pergi berubat. Pada keesokan harinya, baru lah mereka memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat wanita tersebut menyapu ‘sesuatu’ pada handle pintu berkenaan. Dalam pada itu, mereka turut tertanya-tanya mengapa individu itu melakukan perkara sedemikian.

Sihir still exist. Bukan orang tua-tua saja do this stupid stuff. To the girl yang buat ani, wait and see. Tuhan maha adil.

Pengalaman netizen

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen turut berkongsi pengalaman sama yang dialami mereka. Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka meninggalkan pesanan buat orang ramai agar menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan syirik itu.

Sumber: Ronckk

SKIP THIS AD ×