Pengacara dan pelakon, Elly Arifin mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual selepas dicabul oleh seorang pengamal perubatan Islam yang bergelar ustaz.
Artikel Berkaitan: Bimbang Dengar Kes Rumah Tangga, Jiggy Ingat Pesan Dhabitah
Artikel Berkaitan: Elly Arifin Ucap Tahniah Buat Jiggy & Dhabitah – ‘Kunci Rumah Tangga Adalah Kesabaran’
Mangsa cabul
Ketika ditemui OhBulan!, Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin berkata, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2022 yang mana dia ketika itu datang ke rumah ustaz terbabit seorang diri untuk tujuan berubat.
Menurutnya, ustaz tersebut bertindak meraba tubuh badan dan memasukkan tangan di bahagian sulit ketika dia dalam keadaan separuh sedar.
Pada tahun 2022, saya kena cabul dengan seorang ustaz dan ustaz ini adalah seorang yang sangat dipercayai dan rapat dengan keluarga saya, jadi memang tak terfikir pun untuk berlaku kejadian yang tak elok.
Kemudian mak suruh saya berjumpa dengan ustaz itu untuk tujuan berubat, macam nak pulihkan semangat sebenarnya. Ketika itu saya datang seorang diri, saya pakai baju sweater dua lapis dan seluar besar jadi memang takde ketat-ketat.
Lepastu dah mula berubat saya minum air yang sudah dibaca ayat oleh ustaz itu, dalam keadaan separuh sedar tiba-tiba saya dapat rasa tangan dia tengah meraba saya pada bahagian atas dan bahagian bawah alat sulit saya.
Dia sentuh dah seluk kat bahagian dalam tanpa lapik, dia dah seluk dalam, 3 kali dia buat. Saya tak mampu untuk terus melawan, jadi saya terpaksa perlahan-lahan tolak dan mengelak.
Elly berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Korsakoff yang diadakan di TGV Pavillion Bukit Jalil, pada Rabu.
Bertambah menakutkan lagi, apabila Elly berkata ustaz berkenaan berpesan kepadanya untuk tidak bercerita kepada keluarga mengenai kejadian tersebut.
Tapi sebelum saya balik, dia sempat dan banyak kali pesan kat saya jangan cerita dekat mak tentang cara perubatan dia. Sedangkan dia adalah ustaz yang dipercayai keluarga saya kenapa saya tak boleh cerita pula.
Melanjutkan bicara, aktres berusia 34 tahun itu berkata, kes berkenaan sudah selesai apabila ustaz tersebut mengaku bersalah selepas dia membuat laporan polis.
Saya buat laporan polis tiga hari selepas kejadian itu. Dia telah didakwa dan dia mengaku bersalah dekat mahkahmah. Dia juga sudah bayar denda. Jadi kes ini telah ditutup sebab dia tak nak panjangkan lagi isu ini.
Saya simpan dendam sampai sekarang, tapi saya tak nak ingat dah sebab sampai sekarang masih trauma dengan kejadian itu. Setiap kali teringat saya akan menggigil tapi lama-lama saya cuba cari jalan untuk atasi perkara ini. Sebab itu saya nak sangat cerita dekat semua dan bagi awareness dekat korang.
Justeru, sebagai pengajaran, Elly menasihati golongan wanita agar lebih berhati-hati dan segera bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian sedemikan.