Raut wajah anak sulung penyampai radio, Feeya Iskandar iaitu Adam Malique ketika tertinggal di dalam tandas sebuah pusat peranginan, baru-baru ini berjaya membuat netizen terhibur dan berdekah gelak!
Artikel Berkaitan: Cik Piah Tercalon Top 20 ABPBH35, Netizen Tak Puas Hati – ‘Berani Hantar Gambar Tak Senonoh’
Rupanya dia buang air besar
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Instagram, menantu kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah dilihat berjaya menemui Adam Malique di saat keadaan menjadi kecoh pada waktu itu.
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, dia tidak sedar anak sulungnya itu masih berada di dalam tandas. Tambah Cik Piah, dia menyangka Adam sudah keluar.
Baru anak tiga dah kecoh macam apa. Dah seronok masing-masing, nasib Genting dah tutup. Jadi orang tak ramai. Tahu-tahu Adam Malique tertinggal dekat tandas. Cik Piah ingat dia dah keluar rupanya dia buang air besar.
Nak pakai seluar, seluar sangkut. Maknya pula sibuk mandikan si kecil. Aduhai nasib ada menantu Kak Shiera si Cham ni ada. Memang kecoh rombongan Rara ke Genting.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terhibur melihat wajah Adam Malique dan telatah ibunya. Menurut Sharifah Shahirah, ini baru latihan sebelum mereka semua pergi bercuti.
Video
View this post on Instagram
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Feeya Iskandar dilihat membawa anak-anak dan suami pergi ke Genting Highlands bersama Sharifah Shahirah, Suraya Borhan, Mark Adam dan Nabil Ahmad.
Sumber: Feeya Iskandar