Isteri pertama kepada Aslam iaitu Misya Mazlan sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Betul Marissa Dania Hakim & Aslam Nikah Di Songkhla Thailand’
Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Video Bekas Suami Dakwa Marissa Kejar Balik Selepas Nekad Nak Berubah – ‘Aslam Tak Boleh Lawan Kelemahan’
Topik hari raya
Menerusi hantaran video di TikTok @caryazara, Misya bercerita mengenai sambutan hari raya. Antara soalan yang ditanya mengenai warna tema dan bakal beraya di mana.
Apa yang menjadi bualan ramai adalah jawapan Misya ketika disoal perbezaan sambutan raya tahun 2023 dengan 2024. Kata Misya sambil ketawa, raya tahun ini paling mencabar kerana perlu dibahagikan dua.
Raya tahun ini agak mencabar, sebab waktu itu mungkin kena mengalah. Kena bahagi dua.
Netizen rasa sedih
Menjengah di ruangan komen, wargamaya terutama golongan wanita berasa sedih selepas mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari Misya.
Selain itu, mereka juga kagum dengan keperibadian Misya yang reda menerima ujian dengan hati terbuka.
Terdahulu, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam, yang merupakan suami kepada Misya Mazlan. Marissa yang didakwa merupakan isteri kedua Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissan dan isteri pertama Aslam.
Sumber: TikTok