Pelakon berpengalaman, Razak Ahmad mendedahkan bahawa dirinya pernah menuntut ilmu pada Abuya atau Ustaz Asaari Muhammad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Laungan Azan Ini Kan Untuk Seru Orang Bersolat’ – Razak Ahmad
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nyanyi Lagu Arwah Ibnor Riza, Netizen Puji Suara Razak Ahmad – ‘Dia Ini Ngaji Sedap, Menyanyi Pun Sedap’
Pembaca Quran cilik
@isiminyakluu Razak Ahmad pernah masuk GISB dan berguru dengan Abuya Asaari! EP29 | Part4 #isiminyakluu #podcastclips #podcastmalaysia #razakahmad #orangterbang #ajl37 #interview #viralmalaysia #kevler #transmaticautomotive #championlubricants #pelakonmalaysiaofficial @razakahmadrae @kevlerman @transmatic_automotive ? original sound – Isi Minyak Luu..
Menerusi satu sesi temu bual, Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad berkongsi pengalaman sepanjang berguru dengan Abuya di pusat Al-Arqam, Sungai Penchala.
Menurut Razak, dia merupakan pembaca Al-Quran cilik yang mewakili peringkat kebangsaan ketika itu.
Saya baik dengan Abuya atau Ustaz Asaari Muhammad.
Masa itu saya kecil lagi.
Saya Qari, jadi saya masuk Arqam ketika itu atas nama Qari.
Johan kebangsaan lah ketika itu.
Tambahnya lagi, ayahnya merupakan salah seorang ahli daripada Al-Arqam.
Ikut sunnah Nabi
Berkongsi lebih lanjut, Razak akui tidak mengetahui sebarang ajaran sesat yang dijalankan ketika itu.
Difahamkan, tiada sebarang kejadian aneh yang berlaku melainkan daripada menuntut ilmu agama.
Saya tak pernah tahu pun ada sebarang ajaran sesat.
Sebab saya tengok semuanya okay saja.
Ustaz Asaari ini cuba jadikan satu kampung ketika itu mengikut sunnah Nabi.
Berseban, berjubah, bercelak, dan bersugi.
Sumber: Instagram @razak_ahmad67, TikTok @isiminyakluu