Pelakon, Redza Rosli menafikan dakwaan mengatakan isterinya, Bella Hanna kini sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Siapa Saya Nak Halang Suami Untuk Tak Pegang Pelakon Wanita..Dia Pun Tahu Hukum Agama’ – Bella Hanna
Berita palsu!
Ketika ditemui OhBulan!, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli menegaskan bahawa dia pasti akan menguar-uarkan kepada umum jika benar isterinya sedang hamil.
Itu semua fake news. Memang saya ada nampak berita ini tersebar tapi tidak benar.
Saya hanya mampu mengaminkan doa mereka dan kami nak zuriat. Saya akan kongsikan kalau betul isteri sedang hamil.
Cukuplah perkahwinan saya dirahsiakan sebelum ini, tahu-tahu dapat kad jemputan saja.
Bagi saya apabila sudah sampai waktu yang tepat untuk dikongsi, saya akan beritahu kepada umum.
Redza berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set lokasi penggambaran drama ‘Dendam Seorang Madu’ bertempat di sebuah kediaman mewah di Shah Alam pada Rabu.
Serah rezeki pada Allah
Ketika ditanya adakah dirinya dan isteri merancang untuk menimang cahaya mata, pelakon drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ ini menyerahkan segala ketentuan dan rezeki untuk mempunyai anak kepada Allah SWT.
Apa yang saya nampak keserasian antara saya dan isteri adalah masing-masing suka buat perkara yang spontan.
Contohnya kalau kami nak pergi bercuti, kami tak suka nak merancang.
Begitu juga dalam soal rezeki anak, kalau sudah ada rezeki Allah nak bagi saya tidak akan menolak. Terima saja apa rezeki yang baik
Sekadar info, Redza dan Bella selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Jun tahun lalu.