![[VIDEO] Remaja Jadi ‘Makanan’ Ayah Tiri, Diajar Tonton Konten Dewasa Di Usia 10 Tahun – ‘Dia Mula Gesel Dulu’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/dirogol-bapa-tiri-2.jpg)
Remaja wanita mendedahkan dirinya dilatih menonton konten dewasa di awal usia 10 tahun oleh ayah tiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Larang Jefri Nichol Terlibat Dengan Adegan ‘Dewasa’
Artikel Berkaitan: Ibu Sibuk Kerja OT, Suami ‘Ratah’ Lima Anak Tiri Di Rumah
Trauma

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu berkongsi trauma yang dialami semasa kecil sehingga hampir disetubuhi oleh ayah tiri sendiri.
Menurutnya, ayah tiri membina hubungan emosi atau grooming untuk mendapatkan kepercayaan bagi tujuan seksual.
Saya ada trauma sendiri.
Ayah tiri saya orang luar, dia dari Pakistan. Mak saya kerja office, dia supervisor guard jadi memang selalu ada di rumah bersama saya.
Dia beli tablet, saya ingat untuk tengok kartun tapi rupanya benda lain. Dia bagi saya tengok setiap hari daripada tengahari sampai petang.
Dirogol ayah tiri
Berkongsi lebih lanjut, individu terbabit memaklumkan bahawa ayah tirinya memulakan niat keji itu langkah demi langkah.
Tambahnya, dia tidak mengetahui bahawa tindakan yang dibuat ayah tiri adalah salah kerana masih kecil untuk memahami keadaan sebenar.
Lama-lama saya perasaan, dia mula gesel-gesel dulu.
Ketika itu saya tak tahu, saya masih budak dan saya ikut saja.
Masa saya darjah enam, kantoi dia cuba untuk merogol saya. Mak saya sedar dan terus menjerit.
Tapi dia tak mengaku, dia bersumpah dengan nama Allah dan ambil Al-quran untuk membuktikan dia tidak bersalah.
Bagaimanapun, ibu kepada remaja tersebut memilih untuk tidak membuat sebarang laporan kerana simpati dengan nasib anak-anak tiri yang akan kehilangan figura seorang ayah.
Sumber: TikTok @BGTV





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

