berita

Video Remaja Pijak Jersi JDT Cetus Amarah – ‘Bola Punya Pasal Sampai Hilang Adab’

December 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum mengetahui, pasukan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya meraih kemenangan 2-0 ketika menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menerusi perlawanan tersebut pemain Zhafri Yahya berjaya membolosi jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.

Artikel Berkaitan: Diperli Kalah Bola, TMJ Tetap Tenang – ‘Anda Boleh Ketawa Hari Ni, Saya Akan Ketawa Untuk Beberapa Tahun Lagi’

Artikel Berkaitan: ‘Siapa Ada Gambar Rimau Jalan Tersipu-Sipu?’ – MB Kedah

Artikel Berkaitan: Wajah Tampan Penjaga Gol KL City Curi Tumpuan, Ramai Gadis Tak Sempat ‘Pecah Ovari’ Rupanya Suami Orang!

Tindakan melampau

Kehebatan KL City mengalahkan pasukan JDT sehingga kini meraih pujian daripada wargamaya. Namun begitu, terdapat sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan biadap sekumpulan remaja yang secara sengaja memijak jersi pasukan Harimau Selatan itu.

Astagfirullahaladzim jangan tak ada adab. Main pijak negeri (bendera) orang.

Walaupun tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku, namun berdasarkan pemerhatian video tersebut mungkin dirakam di bilik asrama memandangkan terdapat deretan katil yang disusun rapi. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah dikongsi lebih 5.4k oleh pengguna Facebook dan meraih ratusan komen.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan remaja tersebut dan berharap tindakan susulan dapat diambil. Bukan itu sahaja, kelakuan remaja ini seolah-olah tidak menghormati ‘maruah’ negeri lain.

Sumber: Prince Ren

SKIP THIS AD ×