Foto: KLCityFootball
Kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) semasa berentap dengan Johor Darul Ta’azim (JDT) masih menjadi bualan ramai di media sosial. KL City menerusi aksi final Piala Malaysia semalam berjaya meranapkan impian JDT memenangi piala ketiga mereka musim ini.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Ada Gambar Rimau Jalan Tersipu-Sipu?’ – MB Kedah
Artikel Berkaitan: Wajah Tampan Penjaga Gol KL City Curi Tumpuan, Ramai Gadis Tak Sempat ‘Pecah Ovari’ Rupanya Suami Orang!
Artikel Berkaitan: Netizen Tuntut Janji Lelaki Nak Bogel Jika JDT Kalah, Tahu-Tahu Dah Pakai Alat Bantuan Pernafasan
Netizen perli TMJ?
Menerusi satu ciapan seorang pemilik Twitter, dikenali sebagai Khairi, dia dipercayai mentertawakan kekalahan pasukan Harimau Selatan itu. Namun, apa yang menarik perhatian ialah beberapa ‘perkataan’ berbaur sinis yang diselitkan.
Tak ada apa, nak gelak je. Stadium sendiri, borong player, seat Recaro.
Susulan daripada ciapan tersebut pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat tenang dan tidak melatah. Sepanjang melakukan transformasi, JDT telah memenangi 18 piala dalam tempoh lapan tahun.
Allah kurniakan saya dengan 4 cahaya wata dan isteri. Anda boleh ketawa hari ini atau sementara. Tetapi saya ketawa pada hari-hari yang berikutnya. Saya bersyukur kerana saya diberkati.
Terdahulu, pemain Zhafri Yahya mengejutkan stadium dengan jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.
Tweet penuh:
Sumber: Tunku Ismail Sultan Ibrahim