Baru-baru ini, penampilan pelakon terkenal iaitu Datuk Remy Ishak yang hadir ke majlis tayangan perdana drama bersiri ‘The Secret’ dengan memakai cincin hidung palsu telah menyorot perhatian sehinggakan teruk menerima kecaman netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak Tampil Imej Tindik Hidung – ‘Ini Tipu Ja, Bagilah Chance Nak Cuba Gaya Baru’
Tak pernah baca komen
Terbaharu, melalui temu bual bersama Melodi TV3, pemilik nama Zalimei Ishak ini mendedahkan dirinya sama sekali tidak menghiraukan kecaman yang diberikan dengan cara tidak membaca segala komen yang ditulis mengenainya.
Saya tak ambil tahu dan saya tak baca komen, jadi saya memang tak tahu orang komen apa atau hentam saya ke apa.
Saya tak kisah dah semua benda itu.
Pengajaran hidup yang saya belajar ialah jangan baca komen sebab orang akan bagi macam-macam pendapat.
Saya dah 40-an, tahu mana baik dan mana yang buruk. Setiap apa yang saya lakukan, saya tahu batasnya.
Kalau saya asyik nak dengar apa orang cakap melalui komen, saya tak jadi apa.
Tambah Remy, dia juga menyangkal dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan gaya penampilannya itu boleh mendorong perkara yang tidak baik kepada anak muda di luar sana.
Jadi saya memang tak tahu orang hentam saya. Ada orang hentam ke? Lantaklah.
Ada orang cakap penampilan saya mungkin boleh menggalakkan perkara yang tidak baik kepada seseorang, itu bukan tanggungjawab saya tetapi adalah tanggungjawab ibu bapa mereka untuk mendidik.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi filem ’29 Februari’ ini berpendapat, setiap manusia yang ada di muka bumi ini merupakan pendosa dan tidak akan lari dari melakukan kesilapan.
Kepada pendosa-pendosa sekalian, kita bukannya orang yang baik. Kalau ada 10 kebaikan tapi kita dapat buah tujuh pun okay.
Pada saya, tak ada orang yang baik dan jahat sangat dalam dunia ini dan setiap orang ada pandangan masing-masing.
Dan inilah dunia maya, saya tak boleh nak kawal orang dan terima kasih atas benda-benda tak baik itu (kecaman) sebab itu memberikan pahala kepada saya.
Sumber: YouTube Melodi TV3