Baru-baru ini, Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian wargamaya apabila video masakan untuk suaminya menjadi tular di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cantik, Pandai Masak Pula Tu..’ – Suami Tak Sihat, Intan Najuwa Masakkan Sup Ikan Jenahak
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sekolahkan Netizen ‘Sedap’ Cakap Suami Nampak Tua – ‘Layan Saja Manusia IQ Rendah Ni’
Suami minta masak tengah malam
@intannajuwaaa Hmm lelaki mmg camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetibe dia request ayam masak kicap kul 12am ??
Menerusi video yang tular di TikTok, Intan kelihatan sedang memasak ayam masak kicap yang diminta oleh suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.
Meskipun sudah memakai ‘sleeping mask’, pelakon drama ‘Tuan Danial’ itu tetap menuruti permintaan suaminya itu.
Hmm lelaki memang macam ni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tiba-tiba dia request ayam masak kicap pukul 12 tengah malam.
Nanti kita try
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu memberi cadangan kepada pelakon itu agar menggunakan rempah kari daging supaya masakan lebih sedap.
Berikutan daripada cadangan tersebut, Intan dilihat menerima cadangan yang diberikan itu dengan hati yang terbuka, malah mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan.
Respon netizen
Di samping itu, rata-rata netizen memuji Intan dengan mengatakan bahawa dia bukan sahaja cantik malah pandai memasak juga.
Sumber: TikTok