Minggu lalu telah berlangsungnya satu ‘pop up event’ dianjurkan jenama beg tangan tempatan, Brik yang diadakan di ibu kota.
Majlis tersebut mendapat sambutan hangat sehinggakan ramai yang sanggup beratur dari awal pagi untuk mendapatkan koleksi beg tangan jenama tersebut.
Artikel Berkaitan: Isteri Mawi Terkejut Harga Makanan ‘Cekik Darah’ , Order Ikan & 11 Menu Cecah RM1,260
‘Reseller’ ambil kesempatan
@zusistaa Agak2 la weh nak resell brik pun harga macam bayar kereta #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fyp?? #fypdong #fypage #tiktokviral #brik #foryou ? jinx x headlock – swaggydelinquent
Terbaharu, tular satu video dimuat naik seorang pengguna yang dikenali sebagai @zusista menerusi aplikasi TikTok.
Menerusi perkongsian yang dibuat, wanita tersebut memuat naik tangkap layar memaparkan harga beg tangan yang dipercayai dijual oleh ‘reseller’ secara atas talian.
Apa yang mengejutkan ialah, ‘reseller’ tersebut menjual beg tangan tersebut dengan harga RM908 berbanding harga asal yang hanya dijual dengan harga RM209.
Agak-agak lah weh nak jual balik beg brik pun.
Harga macam bayar kereta dah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan ‘reseller’ itu dan menasihati orang ramai untuk tidak tertipu dan membeli beg tangan daripada penjual tersebut.
Komen netizen
Sumber: TikTok