berita

[VIDEO] ‘Respek Sama You Amoi, Susah Nak Jumpa Orang Macam You’

August 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap manusia di muka bumi ini tidak dapat lari daripada ditimpa ujian. Begitulah juga nasib yang dialami oleh seorang lelaki tua ini apabila dia menghadapi masalah kesempitan wang selain mempunyai masalah untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Duduk tepi jalan sendirian

Menerusi video berdurasi 4:08 saat yang dimuatnaik Jane Lye di Facebook memaparkan seorang lelaki tua sedang duduk di kaki lima di tepi jalan raya sebelum didatangi oleh dua orang wanita berbangsa Cina. Difahamkan, Jane dan Celine pada ketika itu sedang melalui kawasan tersebut dan terlihat lelaki berkenaan duduk berseorangan dengan keadaan yang keletihan. Ingin mengetahui kejadian sebenar, mereka memberhentikan kenderaan dan mendekatinya. Sepanjang perbualan, lelaki itu memaklumkan dia baru sahaja discaj dari hospital disebabkan penyakit jantung yang dialami dan ingin pulang ke rumahnya yang terletak di Pulau Tioman.

Mereka kemudian menawarkan bantuan dari segi kewangan selain meminta lelaki itu menaiki keretapi untuk memudahkan serta mempercepatkan perjalanannya. Tetapi lelaki itu menolak kerana bimbang akan sesat. Setelah berbincang, mereka akhirnya membuat keputusan untuk menghantarnya ke Pasar Seni seperti yang dipersetujui lelaki itu. Difahamkan, dia akan menaiki bas dari Pasar Seni kemudian bertukar-tukar bas sebelum menaiki feri ke Pulau Tioman. Dalam kesempatan itu, Jane dan Celine turut meminta orang ramai supaya mendoakan agar lelaki itu selamat pulang ke rumahnya.

Netizen puji tindakan mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan berbangga dengan tindakan mulia yang dilakukan dua wanita itu. Walaupun tiada pertalian darah, berbeza agama dan kaum tetapi sifat keprihatinan dalam diri mereka memang wajar dicontohi ramai orang.

Sumber: Jane Lye

SKIP THIS AD ×