berita

[VIDEO] ‘Rezeki Perlu Kongsi Bersama’ – Anzalna Bawa Bapa Tunggal Shopping Barang Bayi

February 18th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon jelita, Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet apabila tampil menghulurkan bantuan kepada seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.

Beli belah bersama

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Anzalna dilihat sedang membeli-belah bersama individu bertuah tersebut. Lebih tersentuh, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, bapa tunggal tersebut sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan, bahan mandian dan bahan pencuci pakaian.

Selain Anzalna, anak sulungnya Mohamad Eidrees turut kelihatan dalam video tersebut. Eidress dilihat memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.

Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna.

Menurut Anzalna, dia akan membawa keluarga yang memerlukan keperluan bayi untuk membeli-belah selepas ini.

Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa terharu dan sebak sebaik sahaja melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: Anzalna Nasir

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×