berita

[VIDEO] Rider Menggigil Kesejukan Atas Motor, Hujan Lebat Pun Sanggup Hantar Order

December 4th, 2020 | by Zulaikha
Video Popular

Bekerja sebagai seorang penghantar makanan akan terdedah dengan pelbagai risiko yang mendatang. Risiko tersebut termasuk dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan keselamatan mereka di jalan raya.

Seperti perkongsian seorang gadis yang dikenali sebagai Wahida Syafiqa, menceritakan kegigihan seorang penghantar makanan yang menghantar makanan kepadanya walaupun hujan lebat ketika itu.

Hujan lebat hantar order

Tengok sampai habis. Ya allah mulianyaa dia kerja musim mcm ni. Moga murah rezeki abang ni dan semua rider.

Menerusi video yang berdurasi 21 saat itu, penghantar makanan baru sahaja menghantar pesanan kepada pelanggannya. Dalam video tersebut, jelas kelihatan dia kesejukan dan tangannya ketika itu terketar-ketar tanda sejuk yang teramat. Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan dia ketika itu lengkap memakai baju hujan.

Semoga murah rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan penghantar makanan itu dan mendoakan supaya dia dimurahkan rezeki. Tidak berakhir di situ, terdapat juga komen yang memberi pesan supaya seseorang pelanggan faham jika makanan yang dipesannya sampai agak lambat sewaktu hujan lebat.

Perkongsian tersebut telah dikongsi hampir seribu pengguna di Facebook, dan meraih ratusan komen.

Sumber: Wahida Syafiqa

SKIP THIS AD ×