Pelakon Riena Diana mengimbas kembali lakonan kekasihnya iaitu Keith Foo di dalam sebuah video muzik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana Belum Ada Perancangan Kahwin – ‘Saya & Keith Baru Kenal 4 Bulan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tanya Keith Macam Mana Boleh Jatuh Cinta, Sebab Dia Yang Tergilakan Saya’ – Riena Diana
MV bersama Rossa
@aaayuni3 Hensem weh Keith Foo zaman muda dulu? #lailer #lailerkampungpeople #rienadiana #keithfoo #rossa #fyp
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berinteraksi bersama pengikutnya dan mengimbas kembali video muzik Datuk Rossa yang berjudul Hati Yang Kau Sakiti.
Paling mencuit hati adalah reaksi pelakon drama Kampung People itu ketika menonton lakonan Keith bersama penyanyi terkenal Indonesia tersebut.
Keith Foo dalam video muzik Rossa.
Kau peluk-peluk dengan Rossa. Macam ni ke perangai masa muda-muda?
Kau ‘propose’ (lamar) Rossa, tapi tak propose dekat aku.
Sementara itu, aktor berusia 41 tahun tersebut hanya mampu ketawa melihat gelagat Riena.
Terdahulu, Riena mengakui tidak mahu terburu-buru dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama Keith.
Riena juga menafikan dakwaan bahawa hubungan cinta mereka adalah atas tujuan mempromosikan drama bersiri Salju Rindu.
Sebelum ini, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.
Sumber: TikTok