Melentur buluh biarlah dari rebungnya, itulah ungkapan yang sesuai untuk diungkapkan kepada anak perempuan pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maryam Durian Kimchi Menangis Anak Masuk Sekolah
Artikel Berkaitan: Kena Kecam Bagi Anak Makanan Frozen, Ryzal Mohon Maryam Abaikan Komen ‘Puaka’ Netizen – ‘Hanya Seorang Ibu Yang Akan Faham’
Rina berdikari
@ryzalibrhmDah boleh cari rumah sendiri? original sound – Ryzal Ibrahim
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kerenah Rina sekali lagi mencuri perhatian dengan kepandaiannya menguruskan diri sendiri yang dipantau melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Pada perkongsian itu, Rina dilihat lap meja setelah selesai makan dan meletakkan pinggan kotor di dalam sinki.
Dah boleh cari rumah sendiri.
Netizen puji
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun masih kecil. Selain itu, warganet turut memuji Ryzal dan Maryam dengan cara mereka mendidik Rina menjadi anak yang hebat.
Sumber: TikTok @RyzalIbrahim