Pelakon Rita Nadira mengakui ada keluar bersama aktor Aniq Suhair seperti yang didakwa segelintir pihak baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Terima RM60,000 Untuk Gugur Kandungan?
Artikel Berkaitan: Bekas Kekasih Aniq Suhair Dakwa Dipukul Hingga Cedera & Terima 12 Jahitan Di Muka? Sertakan Bukti & Laporan Kesihatan
Teman beli skincare
Ketika ditemui OhBulan! Rita bagaimanapun menjelaskan mereka keluar bersama bukan atas dasar temu janji atau ‘dating’, tetapi menemani aktor tersebut mencari produk penjagaan kulit.
Memang saya ada keluar dengan Aniq, tetapi kami bukan keluar dating. Kalau mahu cerita hal sebenar agak kelakar sedikit.
Waktu itu muka dia tengah ‘breakout’, kemudian dia mengadu dekat sana tentang masalah itu. Dia cakap mahu cari ‘skincare’ yang boleh pulihkan masalah kulit dia.
Saya pun cadangkan dia beberapa jenama yang okay. Lagi pula kami duduk berdekatan. Kawasan rumah kami tidak jauh. Selepas cari produk kami ada lah pergi makan sekejap, itu sahaja.
Rita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Pewaris Cinta yang diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang, pada Jumaat.
Melanjutkan bicara, aktres berusia 27 tahun itu berkata produksi sebuah drama yang menyaksikan mereka bergandingan turut sedia maklum mengenai hal tersebut.
Tidak silap saya, Aniq ada bagitahu dekat dalam group Whatsapp drama yang kami berlakon sama yang kami keluar cari barang. Tiada maknanya kami keluar berdating.
Terdahulu, timbul dakwaan apabila ada pihak yang melihat Rita dan Aniq keluar bersama di sebuah pusat beli belah terkemuka di Putrajaya.