Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa sebak apabila akhirnya berjaya menunaikan permintaan anak-anaknya untuk melawat Stadium Emirates di London.

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Aidil Zafuan Tak Pernah Culas Bayar Nafkah, Rita Rudaini Minta Tunjuk Resit

Artikel Berkaitan: ‘Culas Bayar Nafkah Sepatutnya Jangan Bagi Nikah Lain Selagi Hutang Belum Selesai’ – Rita Rudaini

Tunai janji

Pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, memuat naik video memaparkan momen gembira anak-anaknya sepanjang lawatan mereka di stadium itu.

Menurut Rita, pengalaman menjejakkan kaki ke stadium itu bersama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, merupakaan momen yang sangat istimewa dan bermakna.

Akhirnya, mommy dapat tunaikan janji pada anak-anak untuk stadium tour. Sudah lama mereka teringin.

Mommy cakap jadi anak yang baik, Insya-Allah Allah bantu dan permudahkan setiap keinginan kamu.

Akhirnya kita sampai ke saat ini, sila nikmati saat ini. Mommy sebak.

Sumber: Instagram