Perkahwinan penyanyi terkenal Indonesia Rizky Febian dan Mahalini yang berlangsung pada 10 Mei lalu telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Hanya Sekali Lafaz, Rizky Febian & Mahalini Sah Bergelar Suami Isteri..Beri Jongkong Emas Sebagai Mas Kahwin
Artikel Berkaitan: Sule Sahkan Mahalini Peluk Agama Islam, Bakal Nikah Dengan Rizky Febian Di Jakarta
After party
@lambe_pedas Membalas @dalan_liyane iya revil teh gelas
Terbaharu tular di media sosial adalah majlis after party kedua mempelai itu yang dipercayai disambut selepas majlis perkahwinan mereka.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Mahalini mengenakan dress labuh manakala Rizky pula memakai kemeja putih.
Pasangan itu dilihat sedang bergembira sambil menari dan bernyanyi bersama tetamu mereka.
Gelas teh?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyoal tentang gelas berisi air yang disajikan pada majlis tersebut.
Untuk rekod, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
Hubungan mereka menjadi perhatian susulan perbezaan agama yang mana Rizky beragama Islam manakala Mahalini penganut agama Hindu.
Namun bapa Rizky iaitu Sule mengesahkan Mahalini telah pun memeluk agama Islam.
Sumber: TikTok