![[VIDEO] Roslan Shah Bertegas Tak Mahu Menginap Di Rumah DSV – ‘Saya Tidur Di Hotel, Tak Manis Tidur Sini’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/cik-lan-1.jpg)
Pengacara Roslan Shah, baru-baru ini berkesempatan mengunjungi usahawan terkenal Datuk Seri Vida di kediamannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DSV Belanja Cik Lan ‘Handphone’ Harga Lebih RM7k, Netizen Usik Bila Nak Kahwin?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Roslan Shah Tutup DSV Dengan Plastik Hitam Bikin Netizen Berdekah – ‘Tak Jadi Nak Takut, Sakit Perut Gelak’
‘Tak manis’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Roslan atau mesra disapa Cik Lan dilihat sedang menemani VIda menjamu selera.
Cik Lan kemudian menyatakan bahawa dia tidak mahu bermalam di rumah usahawan tersebut malah memillih untuk menginap di hotel.
Menurut Cik Lan, tindakkannya itu adalah sebagai tanda hormat dan adab terhadap Vida sebagai seorang wanita.
Saya rasa saya nak tidur hotel saja, tak tidur sini sebab tak manis.
Saya tak suka tidur rumah perempuan dan ada anak dara.
Tak apa saya bayar untuk tidur hotel.
Saya nak jaga maruah sebab Datuk belum kahwin lagi, kita pun tak sah lagi jadi kena tidur dekat hotel lain.
Tak elok tidur rumah anak dara…anak janda. Saya kena hormat.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan pendirian Cik Lan yang disifatkan sangat sopan dan tetap menjaga batas pergaulan meskipun perhubungannya dengan Vida sangat akrab.
Dalam masa yang sama, mereka turut terhibur melihat gelagat Cik Lan yang sering menyatakan jodohnya bersama Vida.
Terdahulu, telatah Vida dan Cik Lan telah mencuit hati warganet dan mula mendapat perhatian ketika mereka bersama-sama melakukan aktiviti paranormal.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

