Penyanyi kelahiran Indonesia, Datuk Seri Rossa mendedahkan anak lelakinya, Rizky Langit Ramadan tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo merujuk semula sebagai suami isteri.
Artikel Berkaitan: Rossa Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Menetap Di Luar Negara – ‘Rasa Sudah Tak Relevan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Fail Cerai Ketika Rossa Tengah Buat Konsert Di Kuala Lumpur
‘Saya dan Yoyo seperti abang dan adik’
@ohbulanofficial Mereka masih berkawan ?#ohbulan #fyp #news #rossa #berkawan #bekas #suami ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani berkata anak tunggalnya itu lebih selesa mereka berdua mengekalkan hubungan sebagai sahabat.
Saya secara peribadi tak ada (cinta), tapi hanya keluarga. Rizky juga tidak memaksa kami kembali. Hubungan kami lebih baik sekarang.
Saya dan Yoyo seperti abang dan adik. Kami sekarang harmoni sebatas keluarga.
Rossa berkata demikian ketika ditemui di sidang media All Access to Rossa 25 Shining Years di Pavillion, pada Isnin.
Bercerita mengenai filem dokumentarinya itu, pelantun lagu Atas Nama Cinta ini mendedahkan Yoyo merupakan individu terakhir yang menyertai projek tersebut.
Yoyo mengambil masa beberapa hari bersetuju untuk mendedahkan kisah peribadi kami dalam dokumentari ini.
Dan kenapa kisah ini baru didedahkan sekarang adalah kerana ia tidak lagi akan merugikan mana-mana pihak.
Kami berdua sudah bertenang dan saya juga mahu memastikan Rizky bersedia untuk berkongsi perasaan mengenai perceraian kami.
Dalam pada itu, Rossa memberitahu bahawa tidak semua kisah peribadinya diceritakan kerana dokumentari itu lebih memfokus kepada perjalanan kariernya sebagai anak seni.
Untuk rekod, Rossa dan Yoyo mendirikan rumah tangga pada 2004 namun ikatan pernikahan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadan yang kini berusia 18 tahun.