berita

[VIDEO] Rossa Sebak Netizen Kongsi Kisah Duka Guna Lagu OST Ayat-Ayat Cinta 2- ‘Semoga Kalian Kuat & Sabar’

January 30th, 2024 | by Alia
Kini Trending

rossa lagu

Lagu Bulan Dikekang Malam yang dipopularkan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa kembali viral apabila ramai warganet menggunakan lagu tersebut sebagai muzik latar untuk menceritakan kisah-kisah duka mereka.

Artikel Berkaitan: 5,000 Meriahkan Konsert Rossa ‘Another Journey: The Beginning’

Artikel Berkaitan: Sanggup Teman Ibu Seharian Bekerja, Anak Bujang Rossa Jadi Kegilaan Gadis – ‘Teteh Mau Gak Jadi Mentua Aku?’

Banyak kisah duka

rossa lagu

Fenomena lagu tersebut telah mendapat perhatian Rossa yang dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca hantaran-hantaran peminatnya.

Rossa yang sedang mengenakan telekung berkata di turut bersedih semasa mendengar kembali lagu berkenaan.

Saya diberitahu bahawa lagu Bulan Dikekang Malam banyak digunakan di TikTok, jadi muzik latar untuk cerita-cerita kalian.

Saya ada melihat beberapa hantaran yang pakai lagu ini, ternyata sedih sekali. Saya pun baru sahaja mencuba sendiri kerana sudah lama tak menyanyikan lagu ini dan saya juga sedih.

Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 45 tahun itu menitipkan doa buat semua warganet yang sedang menjalani fasa sukar dalam kehidupan mereka.

Untuk anda semua yang saat ini mungkin tidak berada dalam keadaan baik, mungkin tengah mendapat musibah..semoga kalian kuat, semoga kalian juga sabar dan semoga Allah mengganti kesulitan kita dengan kemudahan dan diberikan yang terbaik.

Pelantun lagu Aku Bukan Untukmu itu juga menghargai warganet yang telah mempopularkan kembali lagu tersebut.

Terima kasih kerana menggunakan lagu saya. Terus bersemangat! Love you.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sedih kerana lagu berkenaan dikatakan sangat berkait dengan situasi yang mereka alami selain berterima kasih terhadap Rossa atas doa dan nasihat yang diberikan.

Untuk info, lagu Bulan Dikekang Malam merupakan runut bunyi bagi filem Ayat-Ayat Cinta 2.

@rossa.official

Makasih semuanya ???#bulandikekangmalam #rossa

? Bulan Dikekang Malam – From ”Ayat Ayat Cinta 2” – Rossa

Sumber: TikTok Rossa

SKIP THIS AD ×