Pelakon Ruhaines menegaskan dia sudah tidak lagi berhubung dengan aktor dan penyanyi, Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: ‘Kebenaran Pasti Akan Menang!’ – Ruhainies Kongsi Nota Ringkas Di IG Notes
Artikel Berkaitan: ‘Cuba Interview Ruhainies Pula’ – Bella Astillah
‘Saya nak tutup buku’
Ketika ditemui OhBulan!, Ruhainies menekankan yang dirinya ingin memulakan kehidupan baru selepas terjerumus kontroversi ditangkap khalwat dengan Aliff.
Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.
Aktes tersebut ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Fizi Woo, pada malam Isnin. Tambah Ruhainies, 31, dia mohon agar orang ramai ‘move on’ memandangkan dirinya sudah tampil memohon maaf.
Kata pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas lagi, dia kini hanya ingin memfokuskan kepada kerjaya seni sahaja.
Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi. Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini.
Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung.
Dalam pada itu, ketika diajukan soalan dakwaan kononnya dia berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan Bella Astillah, Ruhainies dengan tenang menjawab;
Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.
Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi.
Sementara itu, ditanya adakah dia ada menghubungi Bella Astillah susulan permohonan maafnya tidak diendahkan isteri kepada Aliff. Ruhainies yakin Bella sudah pun maklum dengan permohonan maaf dibuat secara terbuka menerusi program hiburan Melodi.
Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.
Video
@ohbulanofficial Replying to @esha? Ruhainies pun dah ada job baru ?#ohbulan #fyp #news #ruhainies ? original sound – OHBULAN!