Pelakon sensasi, Ruhainies mendedahkan dirinya berasa sedih kerana sudah mengecewakan peminatnya susulan kontroversi kes khalwat melibatkan dirinya bersama pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: Ruhainies Perjelas Swafoto Bersama Lelaki Kacak Di IG Story – ‘Dia Rakan Dalam Industri, Aliff Pun Kenal’
Dah kecewakan peminat
Ketik ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini berkata, kes khalwat ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.
Bila berlaku benda ini (kes khalwat), saya rasa macam sedih sebab saya kecewakan peminat-peminat yang ada, dan peminat yang sayangkan saya.
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun ini menegaskan dia masih belum terbukti bersalah memandangkan kes tersebut masih dalam perbicaraan di mahkamah.
Tapi sekarang ini, kes baru tertuduh, belum dibuktikan bersalah lagi.
Jadi, saya harap semua boleh tunggu dan kita boleh tengoklah. Tunggu dan lihat.
Ruhainies berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas prosiding pertuduhan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Ketika ditanya mengenai perasaannya yang perlu mengharungi dengan beberapa siri prosiding di mahkamah, Ruhainies akui dirinya agak tertekan memandangkan dia juga seorang manusia biasa.
Sejujurnya agak tertekan, sebab saya pun manusia biasa.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.
Kedua-dua mereka membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Video
@ohbulanofficial Replying to @*~Sharina~* Okay last. Kita nantikan drama seterusnya ya rakan2 ?? #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #ruhainies #mengaku #tak #berkhalwat ? original sound – OHBULAN!