berita

[VIDEO] Rumah Dipecah Masuk, Pelaku Berjaya Ditangkap Tapi Apa Yang Dilakukan Tuan Rumah Amat Mengejutkan!

June 11th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai pengalaman seorang wanita yang berdepan detik cemas selepas rumahnya dipecah masuk oleh individu tidak bertanggungjawab. Lebih mengajutkan apabila melihat keadaan kesemua barangan di dalam rumah itu sudah pun berselerak.

Rumah kena pecah masuk

Menurut Zaneth Nesha, perompak terbabit telah memasuki rumahnya menggunakan laluan di atas syiling. Melihat daripada kesan tapak kaki, wanita ini yakin pelakunya ada orang dewasa. Jika dilihat daripada video yang dikongsikan, barang-barangan di seluruh rumah itu sudah berterabur selepas dipunggahkan oleh si pelaku.

Tidak terhenti di situ, pelaku terbabit dipercayai ingin ‘mencuri’ peti ais di rumah itu memandangkan suis telah pun ditutup tetapi kemungkinan usahanya itu tidak berjaya disebabkan pintu pagar besi di bahagian dapur berkunci. Menerusi video lain, wanita ini memaklumkan jiran tetangganya sudah berjaya menangkap si pelaku.

Aku dan family maafkan dia. Sebab kita tau waktu-waktu sekarang ramai orang susah. So aku tawarkan kerja untuk dia. Aku cakap kalau nak duit, you tolong tebas rumput ni kasi bersih saya bagi duit upah.

Bagi upah dan wang tambahan

@mamayayahumarsolehRumah mama kena pecah masuk? original sound – zanethnasha


Tambah wanita ini lagi, dia mengaku tindakan itu adalah salah tetapi sebagai satu komuniti, dia perlu membantu dan menyokong lelaki itu. Jelasnya lagi, kemungkinan keadaan negara dilanda Covid-19 ini membuatkan ramai individu hilang pekerjaan sehingga mereka yang terdesak ini terpaksa memilih jalan singkat untuk memperoleh wang.

Alhamdulillah kerja yang dia buat sekarang ni halal dan aku bagi upah dan tambahan wang sikit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji layanan baik wanita ini kepada si pelaku meskipun individu itu telah menganiaya dirinya. Tidak kurang juga ada di antara mereka berharap agar si pelaku tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

Dah dapat tangkap

@mamayayahumarsolehDapat tangkap hari yg sama juga.? Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

@mamayayahumarsolehWe should support each other?? ??????????? – Rauf & Faik

Sumber: Zaneth Nasha

SKIP THIS AD ×