Selebriti popular, Noor Neelofa mengakui dirinya tidak layak berkongsi tips rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih muda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Dedah Tak Pernah Sentuh Soal Keperluan Rumah, Suami Tak Bagi Bayar Guna Duit Sendiri – ‘Dia Kata Itu Tanggungjawab Dia’
Artikel Berkaitan: PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’
‘Ikut perintah agama’
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 35, berkata, perjalanan melayari bahtera rumah tangga pasti akan dipermudahkan sekiranya mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan oleh agama.
Jelasnya, dia banyak menimba ilmu menguruskan rumah tangga sejurus memasuki alam perkahwinan.
Rahsia rumah tangga ini sudah pasti ada susah senangnya. Mungkin yang orang luar nampak saya dan suami kongsikan sikit-sikit ini nampak manis dan bahagia.
Setiap rumah tangga ada ujian, dugaan hidup dan kekurangan pasangan masing-masing.
Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar.
Apa yang boleh, selagi seseorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kita & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Berkongsi lebih lanjut, bekas pengacara program Nona menasihati adik-adik yang ingin mendirikan rumah tangga untuk mendalami ilmu perkahwinan terlebih dahulu sebagai persediaan awal.
Saya banyak belajar selepas berkahwin, kalau ilmu-ilmu ini (perkahwinan) saya tahu sebelum kahwin, insya-Allah akan lebih mudah untuk lalui di awal perkahwinan.
Untuk adik-adik yang nak kahwin, tolong belajar ilmu perkahwinan. Ilmu itu sangat membantu.
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1.