berita

[VIDEO] Rupanya Bukan Banduan Yang Nyanyi….

November 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham, di platfom Twitter miliknya berkongsi sebuah video nyanyian anggota penjara meraikan Kluster Tembok yang telah diistiharkan tamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penghargaan buat mereka

Video yang berdurasi 44 saat itu, memaparkan kakitangan penjara Alor Setar bersama Pengarah Penjara sedang berarak keluar menuju ke pintu hadapan penjara. Menerusi satu komen di Facebook, lagu tersebut sebenarnya dinyanyikan semula oleh Pegawai Penjara lantikan baru di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping bukannya dinyanyikan oleh banduan seperti mana yang tular di media sosial.

Sebelum ini, penjara tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran bermula 6 Oktober yang lalu, berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan penjara tersebut. Penjara itu turut menempatkan kira-kira 1,800 penghuni.

Tidak akan dilupakan

Gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah, berakhirnya bertugas di sini, penutupan LRCC Penjara Alor Setar. Segala kenangan dan memori takkan dilupakan sampai bila-bila.

Menerusi hantaran seorang wakil frontliners di Facebook KKM mengakui memori dan kenangan di penjara berkenaan tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.

Biarkan mereka banduan, mereka sangat menghormati kami, memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang berada di sana.

Beliau turut mendoakan supaya semua banduan kekal sihat sejahtera dan menggunakan peluang kedua yang diberi untuk membina semula keyakinan sekali gus, kembali hidup bermasyarakat dengan komuniti sekeliling.

Sebak!

Tahniah!

Sumber: Tan Sri Dr Noor Hisham & Harian Metro 

SKIP THIS AD ×