berita

[VIDEO] Rupanya Ustaz Kazim Elias Jadi ‘Orang Tengah’

July 23rd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Jodoh sememangnya tidak mengenal usia. Contohnya apabila semalam tular mengenai pasangan warga emas mendirikan rumahtangga di Ipoh, Perak. Pasangan Hussain (84 tahun) dan Kamsiah (66 tahun) telah selamat dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd Azarudin Mohamad Saarani. Jom kita lihat video kisah disebalik pertemuan pasangan ini.

Ucap terima kasih kepada Ustaz Kazim Elias

Semalam Hussain Abdul Rahman, 84, telah selamat disatukan dengan pasangannya Kamsiah Adam, 66, selepas mengenali hati budi masing-masing sejak dua bulan lalu. Mereka mula bertentang masa ketika sama-sama mengikuti kelas pengajian di Pusat Pendidikan Al Barakah.

Tapi tahukah anda individu disebalik pertemuan pasangan ini? Individu tersebut adalah  Datuk Mohd Kazim Elias.

Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya  mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.

Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.  Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya.

Hussain merupakan bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu.

Merupakan pasangan keenam membabitkan pelajar di pusat pendidikan

Sementara itu, Kamsiah berkata dia ambil keputusan untuk mendirikan rumah tanggan kerana terpikat dengan peribadi Hussain yang taat mengamalkan ajaran agama serta niat mahu menjaga pasangannya yang alami masalah lutut. Suami Kamsiah telah meninggal dunia 37 tahun yang lalu. Kamsiah mempunyai tiga orang anak dan empat cucu.

Kami merancang untuk terus tinggal di sini dan mendalami ilmu agama dan menjalankan ibadah bersama-sama sehingga akhir hayat.

Selain itu, menurut Ustaz Kazim Elias pasangan itu merupakan pasangan keenam membabitkan pelajar kelas pengajian agama yang bertemu jodoh di pusat pendidikan berkenaan.

Beliau (Hussain) merupakan pelajar yang paling senior dari segi usia di sini. Kami bersyukur dapat menyatukan mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga.

Sumber: Bernama/ Front Desk

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×