Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menyelar segelintir warganet yang mempersoalkan cara dia dan isterinya, Maryam Younarae menyediakan makanan untuk anak mereka, Rina.
Artikel Berkaitan: Bapa Mentua Ryzal Ibrahim Tak Bagi Datang Rumah, Bimbang Salji Tebal Di Korea Selatan – ‘Bahaya, Terlalu Banyak Kemalangan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryzal Ibrahim Pergi Makkah Balik Hari – ‘Tak Sempat Buat Umrah, Hanya Dapat Beli Minyak Wangi Saja’
‘Tekak Melayu’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim berkongsi video Rina sedang menikmati makanan tradisi Korea iaitu Jjajang Tteokpokki.
Walau bagaimanapun, tinjauan OhBulan! di ruangan komen mendapati, terdapat segelintir warganet yang mempertikai tindakan pasangan itu menghidangkan juadah tersebut kepada anak mereka.
Patut kau dah masuk Islam bagi anak makanan tekak Melayu.
Kesian dekat anak bagi makan macam-macam.
Ajar la Rina bacaan doa makan tu betul-betul baru sedap didengar..dia dah mula membesar.
Respons Ryzal
Tidak berdiam diri, Ryzal kemudian membalas komen-komen tersebut dengan nada sinis.
Kebodohan ni tiada cuti. Hari Ahad pun dia sapu.
Saya nak mencarut tak baik, tapi saya bagi perumpamaan sama. Bila dah Melayu patut letaklah gambar profile kain batik ke songkok ke, bukan gambar luar negara.
Saya pun kesian, nama kita sama tapi sayang, kebodohan dapat dekat abang.
Biasa kami ajar Rina baca surah Al-Baqarah sekali dengan tarranum sebelum makan. Doa makan ni nanti kami ajar betul-betul.
Untuk info, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogis 2019 di Korea Selatan dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Sekitar November lalu, pasangan itu mengumumkan bakal menimbang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Sumber: FB Ryzal Ibrahim