berita

[VIDEO] ‘Sabarlah Saya Baru Keguguran’ – Zulin Aziz

September 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Belum cukup setahun lagi usia perkahwinan, pelakon dan usahawan Zulin Aziz sudah diasak dengan soal zuriat.

Artikel Berkaitan: ‘Farhan Terima Saya Seadanya Waktu Zaman Berisi’ – Zulin Aziz

Artikel Berkaitan: Netizen Minta Nasihat ‘Move On’, Zulin Aziz Pesan Jangan Putus Asa – ‘Sentiasa Bersangka Baik Dengan Allah’

Orang tanya bila nak ada anak

@ciknajihah Jangan lah jadi mulut puaka sangat ? #perjuangan2line #prengnant #sunscreen ? original sound – Cik Najihah

Menerusi video di TikTok, Zulin berang apabila netizen terus-menerus bertanya soal cahaya mata.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Zulin, 33, mendedahkan dirinya baru sahaja mengalami keguguran bulan lalu.

Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada anak. Sabarlah, saya baru saja gugur (keguguran) bulan lepas.

Boleh faham tak isi hati orang yang tengah tunggu baby ini.

Kena ada common sense

Tegas pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz, pertanyaan sedemikian tidak sepatutnya diajukan kerana berbaur sensitif.

Justeru, usahawan terkenal ini berharap agar semua orang lebih peka sebelum melontarkan soalan.

Kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, elak tanya soalan berbaur sensitif. Kau tidak ada common sense (peka) kalau tanya soalan.

Macam dulu, waktu saya single (solo), orang tanya bila nak kahwin, kalau aku kahwin dengan suami kau baru tahu.

Terdahulu, Zulin sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.

Sumber: TikTok @ciknajihah

SKIP THIS AD ×