Hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini, 35, kira-kira pukul 9.20 pagi, Ahad.
Dalam majlis sederhana itu, Zulin menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000.
Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Zulin Aziz Sah Isteri Farhan Norzaini
Tiada rahsia antara kami
Bercerita keperibadian Farhan yang berjaya menambat hati, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz berkata kesungguhan dan sikap tanggungjawab menjadi faktor utama.
Katanya, Farhan membuktikan dia seorang lelaki yang ikhlas apabila menerima dirinya sejak badan berisi lagi.
Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan.
Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah.
Tak tolak rezeki anak
Dalam pada itu, penyanyi lagu Jadikan Aku Yang Halal menyatakan dia dan suami menerima dengan hati terbuka sekiranya dikurniakan cahaya mata.
Soal berbulan madu, dia dan suami memilih negara Turki sebagai lokasi pilihan tetapi masih dalam pertimbangan susulan pandemik Covid-19.
Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan berikan. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.
Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi sambil bekerja selitlah mana sempat nak berbulan madu.
Rancangnya macam nak ke Turki, tapi situasi semasa pandemik COVID-19 pun membimbangkan. Belum ada kata putus.
Sumber: Instagram @cstproduction