Pelakon, Saharul Ridzwan berkongsi sebab dirinya mengambil keputusan untuk berhenti berlakon.
Artikel Berkaitan: Saharul Ridzwan Rasa Beruntung Dapat Buat ‘Sharing Session’ Dalam Majlis Ilmu – ‘Dulu Aku Ajak Manusia Tengok Drama Lakonan Sendiri’
Mula fikir masa depan
@youusaff Berhenti @SaharulRidzwan ? original sound – Yousaf
Menerusi sesi podcast bersama pempengaruh Yousaf, Saharul atau nama sebenarnya Muhammad Saharul Ridzwan Hashim berkata, dia tidak mempunyai jawapan yang tepat mengenai keputusan yang dibuat itu.
Namun, berpendapat yang keputusannya untuk berhenti berlakon dibuat selepas mula memikirkan masa depan.
Macam mana nak cakap eh? Dulu saya ada jawapan tapi bila fikirkan balik, keputusan itu dibuat atas sebab ia dah terjadi pada waktu itu.
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya berkahwin pada 2016.
Bila berkahwin pula, ada banyak benda-benda yang berlaku yang membuatkan saya berfikir, ‘Kalau satu hari nanti aku kemalangan dan muka calar-balar, aku tak boleh nak berlakon dah. Apa aku nak buat?’
Selepas berkahwin dikurniakan anak sulung dan daripada situ saya mula fikir yang saya ini perlu ada ‘something’ yang lebih menjamin.
Pernah tak ada duit tanggung kos bersalin isteri
@youusaff Bisnes @SaharulRidzwan ? original sound – ????? ??
Bercerita lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Hati Perempuan’ ini memaklumkan dia pernah berdepan dengan situasi tidak mempunyai wang untuk membiayai kos bersalin isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir .
Saya sampai tak ada duit nak bayar kos bersalin isteri padahal waktu itu tengah berlakon.
Masa itu memang perniagaan serunding saya laku tetapi duit keuntungan itu saya ‘invest’ buat perniagaan lain sampaikan langsung tak ada duit.
Saya cakap, ‘Ya Allah, macam mana lah saya nak bayar kos itu’. Kemudian saya ambil keputusan untuk gadaikan jam tangan mewah saya bersama seorang kawan.
Tapi kawan saya kata, ‘Tak apalah kau ambil saja duit ini’. Dia bagi dalam RM5,000 ke RM6,000 macam itulah, saya tak ingat.
Dari situlah membuatkan saya terfikir yang saya ini kena buat sesuatu untuk masa depan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Saharul yang membuat keputusan berani dan bijak demi masa depan keluarga tercintanya.
Pada 2020, Saharul mendedahkan dirinya berdepan dengan krisis kewangan yang berpunca daripada kesilapan dirinya.
Ujar Saharul, tahun 2017 telah disifatkan sebagai sebagai tahun kejatuhan dirinya.
Sehinggalah pada awal 2021 Saharul mengambil keputusan untuk tidak berlakon selepas mengubah haluan dirinya dengan menyertai aktiviti keagamaan dan mula berniaga bersama isterinya.
Sumber: TikTok