Di Instagram, suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz berkongsi mengenai perkembangan tahap kesihatan isterinya selepas beberapa hari berada di hospital ekoran kecederaan pada bahagian mata kiri.
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Kesal Tajuk Akhbar Isu Fasha Sandha Cedera Undang Fitnah?
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kuat Pun Abang Tolak, Cuma Landing Di Tempat Salah’ – Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Siapa Yang Mahukan Kemalangan Macam Ni Terjadi’ – Azhan Rani
Cuba gerakkan mata
Sakit-sakit pun comel? Saya dapat merasai apa yang awak rasa. Be strong sayang. Ramai yang mendoakan awak.
Menurut Aidil, isterinya sedang berusaha untuk mengerakkan mata kiri yang cedera itu. Tambah Aidil, kesakitan tersebut masih terasa meskipun hari demi hari ada perubahan yang positif. Menerusi posting tersebut juga, Aidil memohon doa daripada semua agar isterinya diberikan kesembuhan dan kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa.
Terdahulu, Fasha memberitahu dia mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran sebuah drama. Berikutan daripada itu, tulang mata kirinya patah dan bebola matanya juga berdarah serta bengkak.
Oleh sebab itu, dia dikejarkan ke hospital di Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan. Tidak lama selepas itu, Fasha dipercayai dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pakar.
Sumber: Aidil Aziz