Selebriti versatil, Salih Yaacob membuatkan pelawak, Shuib tercengang menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan pelawak itu bersama Mamat dan Shuk Sahar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dulu Kerja Pesawah, Tak Ada Cita-Cita Nak Jadi Pelakon Atau Pelawak’ – Salih Yaakob
300,000 album terjual
@dolspodcast Album Salih Yaacob cecah 300 ribu jualan tapi ada kerugian ke?. Layan Episod 46, 9 Malam di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana #DolsPodcast ? [Guitar live recording] Comedy funk – Sound Owl
Menerusi potongan video yang dimuat naik Dol’s Podcast di TikTok, Salih atau nama sebenarnya Mohammad Salih Yaacob berkata, album ‘Pisang Panas’ miliknya telah terjual sebanyak 300,000 unit pada era 90-an lalu.
Permulaan pertama album ‘Pisang Panas’ pernah terjual sebanyak 300,000.
Aku berentap dengan genre rock macam Ella waktu itu.
Kena marah sebab tak ambil royalti
Sumber: YouTube
Tambah Salih, dia juga dimarahi oleh orang industri kerana tidak mengambil royalti hasil jualan album tersebut.
Tapi orang muzik macam Datuk Hattan marah aku sebab aku ambil ‘lump sum’ tak minta royalti, tak minta apa.
Aku hanya ambil RM5,000 untuk lagu dan lirik. Bukan tak yakin tapi zaman itu banyak kali dah kena ‘kencing’.
Walau bagaimanapun, selebriti berusia 63 tahun itu memaklumkan dia berjaya juga mendapatkan wang sebanyak RM20,000 hasil pertolongan Menteri Penerangan pada ketika itu.
Tetapi aku dibantu oleh Menteri Penerangan waktu itu, tak ingat siapa.
Dia tolong dan kata, ‘Mana boleh macam ini, bagilah duit pada aku’.
Jadi, dapatlah aku RM20,000 hasil jualan album itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Salih sebagai seorang penghibur yang sebenar kerana bakatnya yang cukup hebat dalam industri.
Netizen juga mengimbau kembali nostalgia mereka mendengar lagu-lagu yang terkandung di dalam album ‘Pisang Panas’ tersebut.
Komen netizen
Sumber: TikTok