berita

[VIDEO] Sam Bunkface Cipta ‘Sejarah’, Awal-Awal Lagi Dah Singkirkan 4 Penyanyi Sebenar I Can See Your Voice!

August 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Rancangan ‘I can See Your Voice Malaysia’ musim kedua kini sudah masuk minggu ke-10 ditayangkan di kaca televisyen. Rancangan yang berunsurkan hiburan itu menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama. Dalam episod kesepuluh yang berlangsung semalam, Sam Bunkface merupakan artis jemputan yang diundang.

Seperti biasa, pelbagai aksi melucukan telah terjadi di antara para hos, artis jemputan, ahli panel dan juga kesemua para peserta. Paling mencuri perhatian netizen, kesemua penyanyi sebenar disingkirkan oleh Sam sebelum ke segmen terakhir. Sumpah kelakar!

4 penyanyi sebenar tersingkir

Dalam setiap episod, artis jemputan akan diberi tanggungjawab untuk memilih penyanyi sebenar ataupun penyamar dalam kalangan 6 orang peserta. Peserta terakhir yang dapat bertahan, bakal berduet dengan artis jemputan dan dikira sebagai pemenang.

Malangnya, Sam Bunkface telah membuat pilihan yang salah apabila dia menyingkirkan semua penyanyi sebenar dan akhirnya tersalah memilih seorang daripada penyamar yang digelar Showtime Untukku. Pemilihan Showtime Untukku diyakinkan oleh panel Mark Adam.

Nak cari yang barai hari ni

Rata-rata netizen ketawa dan menyatakan perasaan kelakar apabila Sam memilih penyamar sebagai pasangan duet di akhir rancangan. Menurut netizen, niat Sam untuk mencari pasangan yang barai ternyata berjaya.

Sumber: Sam Bunkface

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×