Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan wanita ini apabila kedai kebajikan yang dijaganya dimasuki seorang perompak. Perompak yang dilihat memakai baju biru tersebut sempat membaling kad pengenalan wanita itu sebelum mengambil beg tangannya. Kesiannya kakak itu, mesti trauma dirompak pagi hari..
Rompak di kaunter kebajikan
Video rakaman berdurasi kurang dari 2 minit itu menyaksikan seorang lelaki tanpa sebarang senjata dan topeng merompak wanita menjaga kedai di pusat kebajikan itu. Kejadian itu dipercayai berlaku di Kedai Nur Kasih, Charity Shop Jalan Kapar Batu 3, Klang awal pagi semalam. Walau bagaimanapun, wajah perompak jelas menerusi rakaman CCTV tersebut memudahkan kerja pihak berkuasa.
Rata-rata geram dengan tindakan perompak itu yang sanggup mencuri di kedai kebajikan tersebut. Tak kurang juga terhibur dengan perompak dianggap amateur itu yang mencuri tanpa sebarang penutup muka.
Siap tertinggal helmet
Sian cashier trauma
Tak ada duit kerjalah!
Tak lama lagi confirm kena cekup!
Sumber : Info Roadblock JPJ/POLIS