berita

[VIDEO] Sanggup Langgar Isteri Lepas Kantoi Curang

January 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap pasangan suami isteri sudah pastinya akan diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Lagi menyedihkan apabila, wujudnya orang ‘ketiga’ yang cuba merampas kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu.

Seperti video yang dikongsi di laman Instagram Makassar Info, memaparkan tindakan suami isteri yang bergaduh di tempat awam akibat orang ketiga. Lagi menyedihkan apabila si suami sanggup melanggar isterinya sendiri ketika itu.

Angkara curang

Menerusi posting tersebut, terdapat beberapa buah video yang dimuat naik menunjukkan seorang wanita telah dilanggar oleh suaminya sendiri. Wanita itu dilihat berpaut di hadapan kereta suaminya sendiri. Namun, suaminya ketika itu sama sekali tidak memberhentikan keretanya malahan meneruskan jalan.

Di video yang ketiga, dapat dilihat si suami cuba memujuk isterinya dan mengajak untuk kembali naik kereta bersamanya. Kehadiran orang awam yang berada di situ, secara tidak langsung menambahkan kekecohan di situ. Menurut sumber, wanita yang bertindak secara ‘luar kawalan’ itu adalah berpunca akibat suaminya sendiri yang telah berlaku curang.

Isteri kepada lelaki itu, dipercayai berjaya ‘menangkap’ aktiviti suaminya selama ini. Walaupun, dia diajak untuk berbincang namun dia tetap berkeras dengan cuba menahan kenderaan tersebut sebelum dilanggar.

Respon warganet

Menerusi ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan berhubung video tersebut. Ada yang mempersoalkan tindakan lelaki itu yang disifatkan tidak wajar kerana sudah mempunyai seorang isteri yang cantik. Malahan, ada juga yang sempat bercadang untuk ‘membelasah’ suami sendiri jika mereka didapati berlaku curang.

Sumber: Makassar Info

SKIP THIS AD ×