berita

[VIDEO] Sangkakan Anak Kucing, Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Kotak

October 23rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Kuala Kangsar Perak, seorang bayi lelaki masih bertali pusat dijumpai dalam sebuah kotak berhampiran Pasar Besar Kuala Kangsar.

Menerusi video viral di media sosial, bayi tersebut dilihat dibalut dengan sehelai tuala dalam keadaan uri masih belum dipotong.

Diserkup tuala

Lapor Berita Harian, bayi tersebut ditemui oleh sekumpulan peniaga kompleks niaga Bangunan UDA di Jalan Bendahara pagi tadi. Salah seorang peniaga, Mohamad Kamal Ashari berkata, dia menyedari terdapat bayi di dalam kotak tersebut kira-kira jam 9 pagi ketika ingin memasuki gerai makanannya.

Saya datang ke gerai jam 9 pagi, namun mengikut peniaga lain, kotak itu sudah berada di situ sejak gerai bersebelahan mula dibuka kira-kira jam 7 pagi.

Mulanya, kami ingat ada orang buang anak kucing memandangkan penduduk setempat gemar membuang kucing di kawasan ini. Bagaimanapun timbul perasaan curiga apabila saya terdengar tangisan bayi itu, namun bunyinya sangat perlahan.

Mungkin disebabkan bayi malang itu diserkup tuala, justeru peniaga lain tidak menyedari tangisannya.

Sangkakan anak kucing

Sementara itu, Zainab Wahab yang turut berniaga di bangunan berkenaan berkata dia dan kakaknya melihat kotak berhampiran kawasan niaga kira-kira jam 6.50 pagi.

Kami sangkakan kotak itu berisi anak kucing yang mungkin dibuang orang malam tadi, tambahan pula waktu itu kami sibuk bersiap memulakan perniagaan dan melayan pelanggan.

Tangisan bayi berkenaan juga tidak kedengaran sehinggalah Mohamad Kamal mula mendengarnya sebelum kami semua terkejut dengan penemuan itu.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mengesyaki apa-apa dan menyangkakan kotak berisi anak kucing. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Sumber: Berita Harian , Info Roadblock JPJ/POLIS

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×