Dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Aswad Anuar pada jam 8.29 pagi Jumaat.
Artikel Berkaitan: Sarah Suhairi Tak Kecil Hati Peminat Indonesia ‘Claim’ Lagu Setia Akhir Hayat Asal Dari Negara Jiran – ‘Memang Jangka Akan Berlaku’
Artikel Berkaitan: Sarah Suhairi Gembira Lagu ‘SAH’ Viral Di Negara Jiran, Muzik Video Cecah 18 Juta Tontonan Di Youtube
Sah bergelar isteri
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.
Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Barern Hill, Hulu Langat itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.
Sementara itu, pengantin lelaki yang juga seorang pensyarah turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.
Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pengamal media.
Difahamkan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 27 Januari lalu, namun bijak merahsiakan hubungan mereka.
Kedua-dua mereka dikhabarkan mula berkenalan pada 2020 dan mempunyai minat yang sama iaitu sukan berkuda.
Video
@ohbulanofficial Wah tahniah diucapkan ? #ohbulan #sembangentertainment #sarahsuhairi #nikah #pensyarah