Personaliti media sosial, Sarah Yasmine menafikan dakwaan bahawa dirinya menjadi punca keretakan hubungan antara pasangan pelakon, Niezam Zaidi dan Fify Azmi.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Serang Atau Maki Perempuan Lain Kerana Pengkhianatan Seorang Lelaki’ – Fify Azmi

Artikel Berkaitan: Fify Azmi Dedah ‘Screenshot’ Dicurangi, Nama Sarah Yasmine Dipetik Punca Hubungan Dengan NZ Berakhir?

‘Kita kawan rapat’ – Sarah Yasmine

View on Threads

Menerusi video yang dimuat naik di Threads, Sarah menjelaskan bahawa dia dan Niezam tidak mempunyai hubungan istimewa seperti yang didakwa sesetengah pihak. Sebaliknya, mereka hanyalah sekadar kawan rapat.

Kita kawan rapat. Tahun lepas tu saya dan Niezam kenal masa dia berlakon cerita Dia Bukan Syurga.

Kalau pun kami pernah mengenali antara satu sama lain tapi, kita ni tak ada persefahaman. Jadi kami decide untuk berkawan sampai sekarang, dah setahun.

Sarah turut mendakwa hubungan Niezam dan Fify sudah pun berdepan masalah ketika dia mula mengenali pelakon lelaki itu.

Malah, dia mengakui mengetahui bahawa Niezam masih mempunyai perasaan terhadap Fify ketika itu, menyebabkan dia memilih untuk tidak terlibat dalam perhubungan tersebut. 

Masa saya dengan Niezam dulu, waktu tu dia memang dah bukan dengan Fify. Banyak perkara yang berlaku ketika itu, dan salah satu sebab saya tak nak teruskan apa-apa adalah kerana saya tahu Niezam masih sayangkan Fify.

Jadi saya tak nak terlibat dalam sebarang masalah atau drama. Saya memang pernah cakap perkara itu secara terus kepada dia. 

Sebab itu saya cuba jadi kawan yang beri semangat dan galakkan dia untuk cuba perbaiki hubungan dengan Fify. Mana tahu kali ini semuanya boleh jadi lebih baik.

Terdahulu, pelakon Fify Azmi memuat naik beberapa tangkap layar perbualan teman lelakinya dengan Sarah Yasmine. Meskipun tidak mendedahkan nama individu tersebut, Fify memberi bayangan kekasihnya itu seseorang yang mempunyai inisial NZ.

Sumber: Threads Sarah Yasmine