Memiliki tubuh badan yang sihat dan langsing adalah antara impian setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan.
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’, Masih Aktif Dalam Industri Seni
Artikel Berkaitan: Zamarul Hisham Wariskan Bakat Lakonan Pada Anak, Tetapkan Syarat Terima Tawaran Hanya Ketika Cuti Sekolah
Tips sihat Sarimah Ibrahim & Zamarul Hisham
@thesarimah? original sound – Sarimah Ibrahim
Baru-baru ini, pelakon Zamarul Hisham dan Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips penjagaan makanan yang diamalkan mereka untuk kekal sihat dan bertenaga meskipun usia semakin meningkat.
Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok memaparkan aktres itu bersama Zamarul Hisham sedang menjamu selera di set penggambaran. Menjawab pertanyaan daripada netizen berhubung tips memiliki tubuh badan yang sihat, Sarimah dan Zamarul memberitahu bahawa mereka hanya makan telur pada setiap hari.
Abang sehari makan tiga biji telur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kedua-dua pelakon berbakat itu yang sentiasa nampak muda meskipun sudah meningkat usia.
Dia ni dari hari ke hari makin muda, pelik aku.
Lawa lah Sarimah, dulu dan kini tetap maintain.
Aku makan telur juga setiap hari, tapi asyik nak kentut je.
Dari zaman budak sampai anak dah tiga, tak pernah tak minat dekat Sarimah. Cantik!
Sumber: TikTok Sarimah Ibrahim