Penyanyi dan pelakon, Azza Elite merayu kepada kerajaan agar segera melaksanakan ‘lockdown penuh’ ekoran peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.
Azza menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya sebentar tadi dilihat menangis teresak-esak sambil menyeru pihak kerajaan agar segera bertindak.
Tolonglah kerajaan
Hari ini adalah hari yang menakutkan. Dada berdebar bila baca dekat sosial media. I minta maaf dekat semua sebab i ada anxiety sangat teruk terutama pasal udara lah. Macam-macam berlaku dekat sekeliling. Ya Allah, saya sangat takut. Risau emak dengan anak dekat kampung. Kami terpisah. Selagi kerajaan tak buat lockdown, kami ada yang kena pergi kerja. Tolonglah. Kalau kerajaan lockdown, sekurangnya kami duduk rumah tak jumpa orang. Tak jumpa siapa-siapa dua atau tiga minggu.
Saya cukup untuk semua yang mohon untuk lockdown. Kami orang bawahan ni jaga semua SOP. Kami sanggup ikat perut untuk kurangkan kes. Tolonglaj kesian dekat frontliners! Mereka pun ada keluarga. Tolong lah.
Menurut Azza, dia sudah mula mengalami masalah anxiety atau kerisauan melampau berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang drastik hari ini. Oleh itu, dia merayu kepada pihak kerajaan supaya melakukan ‘total lockdown’ dalam masa terdekat bagi memulihkan keadaan semula.
Kekal duduk di rumah
View this post on Instagram
Hari ini Covid dah melalui udara pula. Tolonglah kerajaaan bagilah lockdown. Korang (kerajaan) nak berapa ramai lagi rakyat kita mati. Korang nak fronliner (barisan hadapan) buat macam mana lagi. Tolonglah lockdown.
Di akhir video tersebut, Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari turut mengingatkan semua agar terus kekal duduk di rumah tanpa keluar kemana-mana jika tiada sebarang urusan penting di luar. Tambahnya, pastikan SOP sentiasa dipatuhi bagi mengawal kes yang sedang meningkat ini. Hari ini, kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 7,289 kes dan ianya merupakan kes tertinggi sepanjang pandemik ini melanda negara.
Sumber: Azza Elite