Penyanyi Ina Naim memberi respon terhadap komen segelintir individu yang membandingkan kehidupan baharunya bersama suami, Khairul Rizal dengan arwah bekas suaminya, Suhaimi Saad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Karaoke Masa ‘Live’, Netizen Seronok Tengok Makin Ceria Selepas Kahwin – ‘Dia Jadi Diri Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Allah Tarik Nikmat Kebahagiaan Bersama Arwah, Digantikan Dengan Abang Khairul’ – Ina Naim
‘Saya dengan arwah dah putus hubungan’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40, menegaskan bahawa kehidupannya kini tiada kaitan dengan arwah bekas suaminya.
Malah Ina menjelaskan arwah juga tidak menanggung lagi segala dosa yang dilakukannya di atas muka bumi seperti yang didakwa netizen. Hal ini kerana, hubungannya dengan arwah Suhaimi Saad sudah terputus.
Ada saya baca komen cakap kasihan arwah Suhaimi Saad, sedih arwah. Sebelah arwah tu masih kosong, kalau nak tempah boleh lah.
Sini saya nak cakap, saya dengan arwah Suhaimi Saad dah putus hubungan. Apa yang saya buat, dia tak tanggung dosa saya melainkan anak-anak bila buat dosa contohnya tak solat, arwah bapa dia yang kena tanggung dekat sana.
Tapi saya sangat berkeras dengan anak-anak supaya jaga amalam terutamanya solat. Sebab bila anak-anak tinggalkan solat, ibu bapa meskipun sudah meninggal akan terasa seksanya.
Jelas Ina lagi, selepas mendirikan rumah tangga kali kedua, tugas dan tanggungjawabnya kini hanyalah kepada suami, Khairul Rizal.
Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan suami lama, dah terputus. Tapi saya harap, insyaAllah mudah-mudahan doa saya untuk arwah sampai.
Dalam masa yang sama, Ina turut menafikan dakwaan segelintir individu yang mendakwa dirinya berubah selepas pemergian arwah selain menyifatkan dia semakin lantang berkata-kata.
Saya masih seperti dulu, mungkin orang tak kenal saya sebelum ni. Dulu arwah ketua dan dia lebih faham TikTok. Bila dia sampaikan sesuatu ilmu, dia lebih tahu jadi saya duduk belakang.
Bila Allah ambil dia dan gantikan saya dengan pasangan baru ni, abang Khairul tak tahu tentang TikTok. Sebab tu dia kebelakang sikit dan dia banyak handle benda lain. Banyak bantu saya termasuk jadual, rundingan dan sebagainya.
Komen
Video
@inanagzjxfg jawapan ina #inanaim #suhaimisaad #fyp #fyp? #fyp??viral #foryou #foryoupage #berandatiktok #berandafyp #esekeli ? original sound – inanagzjxfg – Ina Naim
Sumber: TikTok