Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi nombor satu negara, namun Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap aktif mengembangkan perniagaan yang sedang dijalankan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Kenang Momen Lucu – ‘Masa Saya Dongak, Rambut Palsu Saya Terus Jatuh Ke Bawah’
Artikel Berkaitan: Jennifer Thompson Setuju Siti Nurhaliza Diberikan Gelaran Biduanita – ‘Paling Layak, Lenggok Dia Tiada Siapa Boleh Lawan’
Netizen puji
@toktitiktok Warna lipstick yang saya pakai ni plum paradise .. memang cantikkk!! Ada extra lipstik dibahagian bawah batang lipstik .. memang berbaloi beli.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Siti Nurhaliza Taruddin itu dilihat sedang mempromosikan produk kecantikannya.
Kemudian, ibu kepada dua orang anak tersebut memberi respon terhadap salah seorang pengikutnya yang meninggalkan komen.
Saya tidaklah kaya raya, Alhamdulillah cukup. Saya berniaga sebab saya suka, boleh bantu orang lain juga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji niat murni pelantun lagu Anta Permana itu yang berniaga sambil bersedekah.
Dia berniaga sambil bersedekah.
Idola!
Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezekinya.
Sekadar info, Siti Nurhaliza menyumbangkan sebahagian hasil jualan tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang diadakan pada Mac lalu kepada Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.
Selain itu, dalam satu pendedahan, penyanyi berusia 45 tahun tersebut merupakan antara pembayar tertinggi zakat di Lembaga Zakat Selangor.
Difahamkan sejak lima tahun lalu Siti Nurhaliza juga tidak pernah gagal menjelaskan bayaran zakat.
Sumber: TikTok Siti Nurhaliza