Status terkini penyanyi & pelakon Nur Fazura dianggap telah diketahui umum namun ternyata tidak benar apabila masih ada segelintir netizen yang menyapanya dengan gelaran ‘puan’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Tak Tolak Untuk Berkahwin Lagi, Minta Jodoh Yang Baik-Baik – ‘Doakan Saya & Fatima’
Artikel Berkaitan: Individu Puji Fazura Cantik & Baik Hati Ketika Terserempak, Tuan Badan Respon – ‘Saya Syukur Dikelilingi Orang Baik’
Peminat keliru
@fazura.officialstore adoii terhibur betul la setiap kali tengok Faz bergurau dalam live ??? #fazura #tudungfazura #fatzura ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin menegaskan dengan nada berseloroh bahawa dirinya kini tidak lagi memegang gelaran ‘puan’.
Dalam pada itu, Fazura sempat berkongi kisah seorang pelayan yang ditemui di sebuah restoran.
Saya bukan puan. Saya cik.
Semalam saya ada pergi satu restoran.
Selepas itu, ada pelayan yang tegur saya dengan gelaran puan Fazura.
Saya cakap bukan, saya cik Fazura.
Ujarnya, dia turut senang hati dengan gurauan kecil yang membuatkan segelintir masyarakat terhibur.
Sekadar info, Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Namun, bahtera perkahwinan yang dibina selama tujuh tahun akhirnya terlerai dengan talak satu pada 7 Oktober.