Isteri kepada pelakon dan penyair terkenal, Allahyarham Pyanhabib Rahman iaitu Zurina Zakaria, 58, meluahkan rasa syukur kerana dapat berada di sisi arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Artikel Berkaitan: Pyanhabib Meninggal Dunia Seminggu Selepas Sambut Hari Lahir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Pyanhabib Rahman Selamat Dikebumikan
Ada di sisi buat kali terakhir
Reda dengan pemergian suami tercinta, Zurina memberitahu dia sempat mengajar arwah untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum menutup mata buat selamanya.
Saya sempat ajar mengucap dan minta maaf dekat suami. Saya cakap kat dia masa itu kalau nak pergi, pergilah nanti saya akan menyusul. Selepas saya cakap, air mata dia kering dan perlahan-lahan matanya tertutup.
Saya gembira dan bersyukur sebab dapat bersama dia saat akhir, ini yang saya takkan lupakan. Selepas dia meninggal ramai sangat orang datang. Rupanya-rupanya dekat luar memang ramai orang sayang dia.
Zurina berkata demikian ketika ditemui di Masjid As-Sobirin AU4, Keramat, Kuala Lumpur pada Rabu.
Berkongsi lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu arwah ada terjatuh bilik air beberapa hari sebelum meninggal dunia
Tiga hari sebelum dia meninggal, mata dia jadi tak nampak dan dia jatuh bilik air. Selepas itu dia kata nak buang air, jadi saya nak tolong, tapi dia minta saya keluar sebab nak uruskan sendiri.
Tapi, bila saya tunggu lama, dia tak keluar. Rupa-rupanya dia dah tertidur dalam bilik dan saya kejut dia. Saya tanya dia kenapa tidur dalam bilik air, dia hanya cakap nak uruskan sendiri.
Kemudian, anak angkat juga bawa dia keluar. Ketika itu nak masuk waktu Isyak. Semasa saya rangkul, dia memang sudah nampak lemah dan nafasnya ada bunyi.
Buat CPR
@ohbulanofficial Jenazah Allayarham Pyanhabib Rahman, 66, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11:25 pagi tadi. #ohbulan #sembangentertainment #arwah #PyanhabibRahman #selamat #dikebumikan ? Sad Flute – Kamal Kapadia
Dalam pada itu, Zurina turut berkongsi momen terakhir bersama arwah yang mana dia sempat memberikan bantuan pernafasan atau CPR.
Waktu itu kepala suami atas bahu dan saya ingat dia sudah meninggal. Kemudian, saya hubungi ambulans dan sementara tunggu sampai, mereka minta saya buat bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Semasa buat CPR itu ada air hitam keluar daripada mulutnya. Saya terus bersihkan sebab takut dia tersedak selepas buat CPR.