Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memberitahu dia lebih gemar membonceng motosikal tatkala dirinya sedang stres.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Salahkan Penyondol’ – Amyra Rosli Salahkan Lelaki Punca Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga
Artikel Berkaitan: ‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin
Faktor umur?
Menurut Amyra, dia tidak suka pergi bercuti di tempat yang mahal apabila dirinya berasa penat. Pada masa yang sama, dia tidak suka menghabiskan wang untuk membeli barang ribuan ringgit tatkala sedang stres.
Tambah isteri kepada pelakon Amar Baharin ini lagi, dia cuma mahu membonceng motosikal bersama suami sahaja.
Saya tak nak cuti tempat mahal-mahal bila saya penat. Saya tak nak beli berang ribu-ribu apabila saya stres. Saya cuma nak suami bawa saya ronda-ronda naik motor lepas itu saya dah gembira. Adakah ini faktor umur?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata golongan isteri bersetuju dengan pendapat dan cara Amyra menghilangkan stres. Ujar netizen, setiap orang mempunyai cara untuk membahagiakan diri sendiri.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Amyra Rosli