Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian selepas memuat naik video dirinya berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah mewah terkemuka di ibu kota.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Calon SPM Minta Cik B ‘Bela’ Kalau Gagal Peperiksaan – ‘Saya Boleh Jaga DSV’
‘Perlukan seorang kekasih’
@cikb_havoc #CapCut i have a bodyguards but now need a lover? #onthisday #fyp #funny #cikb #bodyguard #tiktokmalaysia #starboy #tiktokmalaysia ? original sound – cikb_havoc66
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dilihat tenang menjamah aiskrim serta menghirup secawan kopi sambil bersiar-siar di pusat beli-belah tersebut.
Apa yang menghiburkan ialah, Cik B yang memakai baju berona hitam memaklumkan dirinya hanya memerlukan seorang kekasih buat masa ini kerana sudah pun mempunyai beberapa orang ‘bodyguard’.
Saya dah ada bodyguard, sekarang hanya perlukan seorang kekasih.
Perkongsian tersebut pastinya meraih perhatian wargamaya yang ratanya-ratanya terhibur melihat gelagat Cik B yang begitu terkenal dengan perwatakannya yang suka bergurau di media sosial itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mahu menawarkan diri menjadi kekasih hati kepada Cik B dan ada juga yang mendoakan agar remaja berusia 18 tahun itu dikurniakan jodoh yang baik.
Komen netizen
Sumber: TikTok Cik B