berita

[VIDEO] ‘Saya Dah Cuba Yang Terbaik Dalam Percintaan, Tapi Allah Dorong Ke Arah Lain’ – Erra Fazira

February 7th, 2024 | by Alia
Kini Trending

erra pasrah

Suatu ketika dahulu filem dan lagu Pasrah yang dipopularkan oleh pelakon serta penyanyi iaitu Erra Fazira, pernah menjadi fenomena di dalam dunia seni.

Artikel Berkaitan: ‘Dibesarkan Oleh Ibu Tunggal & Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Bapa’ – Erra Fazira Tak Mahu Engku Elisya Tanggung Nasib Sama

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Jawab Gosip Gambar Perkahwinan Tergantung Di Dinding Rumah – ‘Itu Fitnah’

Erra pasrah dengan segalanya

erra pasrah

Menerusi segment pagi bersama radio Kool101, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkongsi tentang maksud ‘pasrah’.

Kita ni dalam hidup, kita boleh berusaha dan buat sebaik mungkin tetapi keputusan..hasilnya kita kena pasrah. Sama ada menjadi atau tidak, jadi itulah maksud pasrah.

Dalam pada itu, aktres jelita ini berkata dia reda menerima segala yang berlaku di dalam kehidupannya kerana telah berusaha sehabis baik.

Saya dah cuba yang terbaik dalam sebuah percintaan, mengharapkan yang terbaik, sentiasa berdoa tetapi Allah dorong ke arah yang lain. Jadi kita nak lawan ke? Kita tak boleh buat apa-apa, maka pasrah lah jadinya.

Sementara itu, Erra tidak menafikan ada individu yang cuba mendekatinya. Dia juga berpendapat bahawa perwatakan seseorang sangat penting terutama di awal perhubungan.

Orang yang nak mendekati tu ada cuma saya rasa yang paling penting adalah pembawakan kita. Kalau pembawakan kita ‘menggelitat’, maka akan didekati dengan cara itu.

Tapi kalau kita bawa diri kita dengan cara yang betul, orang nak dekati kita pun segan.

Untuk info, pelakon filem Sembilu ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun bercerai pada tahun 2006.

Erra kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya. Bagaimanapun, mereka bercerai selepas tujuh tahun bersama.

@kool101my

“Saya dah cuba yang terbaik dalam sebuah percintaan. Mengharapkan yang terbaik. Sentiasa berdoa. Tetapi Allah dorong ke arah yang lain. Jadi kita nak lawan ke? Kita tak boleh buat apa. Maka pasrahlah jadinya.” – Erra Fazira ?? Catch Up Pagi On Point Close Up Bersama Erra Fazira di aplikasi Audio+! #Kool101 #PagiOnPoint #closeup #ErraFazira #errafaziraprimadona #Pasrah

? original sound – Kool 101 – Kool 101

 

Sumber: TikTok Kool101

SKIP THIS AD ×